Thursday, November 17, 2011

setiap cerita/movie ada seninya.

Bila ditanya pada aku soklan "hang suka gambaq melayu ka?" maka jawab ku dengan selamba "ya sebab aku suka akan drama warna melayu malaysia" tapi itu tidak bermakna aku rasis atau hanya minat dengan cerita tepikal melayu m'sia.

aku jua minat dengan cerita cina m'sia, india m'sia malah segala macam drama di dunia ini asalkan ia bukan cerita yang hanya terdorong kepada keuntungan sehingga membuang masa aku menonton pada raya puasa baru ini seperti HANTU BONCENG!!

ramai dikalangan rakanku bertanya akan hal siaran tv yang sering aku hadap. ini kerana aku sering mengadap samada tv1/2 atau saluran MEDIA PRIMA / PRIMEWORK (MP) berbanding cerita yang tertera di ASTRO mahupun AXN/STARWORLD/FOX dll.

tapi kalau MP hanya menayangkan slot seperti SPA-Q takkan la aku nk mengadap jugak, come on la itu hanya menjana minda pada golongan yang ingin kaya tapi tak tau nak buat apa bila dah kaya.

begitu jua dengan hasil karya dari seberang yang melambak di tv kita baik swasta berbayar mahupun tidak, bukannya semua aku akan tonton, kalau setakat cerita DEWI yang sering mak aku mengadap setiap pagi dan petang sejak dia bersara lebih baik aku mengadap cerita bersiri NORA ELENA walaupun konfliknya berbeza tapi jalan cerita mirip sama.

Apa yang membuat ramai orang terpikat dengan cara penyusunan cerita bersiri yang memiliki RATING TV ini?

mudah!! setiap siri mesti mempunyai HOOK tersendiri untuk terus terpacak didepan TV mengikut masa yang ditetapkan supaya peminat terus terpacul soklan dari mulutnya seperti ayat berikut "adu..orang jahat dah datang..ala..sambung la plak" dan pelbagai lagi.

tiada beza sebenarnya antara karya kita yang berbilang bangsa dalam sesama sendiri dengan karya seberang baik sempadan darat mahupun lautan, hanya persepsi minat tertentu yang memisahkan karya sesuatu itu bagus mahupun tidak.

tak kesah lar macamana pun hasil karyanya dan yang pasti setiap karya pasti ada kumpulan sasarnya tersendiri asalkan kumpulannya tidak tersasar dari sasaran.

namun bagaimana ya untuk meningkat taraf hasil sebuah karya?

setiap karya harus bermula dengan salah satu dari 3 niat asas untuk berkarya.

1. keuntungan
2. kesedaran
3. keiktirafan (ada ke ayat nih?)

dan yang pasti tidak ada sebuah karya pun mampu bermula dengan ketiga-tiga niat itu dan paling banyak pun hanya 2 yang termampu.

bagaimanapun setiap karya seharusnya berselang-seli niatnya agar setiap karya dapat diterima tayang tanpa mengikut musim kerana pasti ada pengemarnya. seperti sekarang yang mana musim MOVIE gengster vs hantu dan berapa kerat sangatlah karya yang bercorak politik, sejarah, muzik, agama, pendidikan, sukan dll.

apatah lagi jika karya yang bercorak membina jiwa yang besar pada tubuh yang kerdil serta karya yang dilontarkan dengan kata-kata sakti dan sudah pasti jawabnya "saper nak tgk citer gitu?"

jadi jangan hairanlah jika sesetengah karyawan pun turut serta membeli DVD pirate cap ASTRO 1st dipasaran terang-terangan kerna kononnya karya kita masih dibelakang.

tanah jawa seberang pernah mengalami cuaca mendung dalam industri filem yang sama seperti kita pada era 80-90 an, namun mereka bangkit selepas menyedari ia berpunca dari lambakan filem barat dan hongkong dan bangun untuk menjadikan ia sebagai sebuah industri yang menjana ekonomi negaranya sendiri tetapi cuaca yang sama di m'sia agak berbeza akhir-akhir ini seakan tidak serik dengan cuaca bala pasaran masyarakatnya sendiri.

jadi dimana silapnya. masihkah mahu disalahkan lagi kepada penjual DVD haram atau penonton tegar DVD haram? atau salah dari sikap karyawan yang mengambil posisi ONE MAN SHOW?


Friday, June 10, 2011

Welcome to the Rileys

"On a business trip to New Orleans, a damaged man seeks salvation by caring for a wayward young woman."

Sebuah
filem drama independentAmerican independent arahan oleh Jake Scott karya tulisan oleh Ken Hixon , dilakonkan oleh Kristen Stewart, James Gandolfini, muncul buat pertama kali di 2010 Sundance Film Festival dan memenangi Pelakon Wanita terbaik Milan International Film Festival.

bersambung!!


Untuk ScreenPlay

Thursday, June 9, 2011

Sunday, February 13, 2011

The Divine Book!!


Sebuah dokumentari mengenai titik persamaan tidak dapat dinafikan antara dua besar dunia, Kristian dan Islam , dan perbezaan yang telah dibuat oleh kejahilan manusia. Ia menonjolkan intipati 1 TUHAN , dan 1 PESANAN SEBENAR yang telah dihantar oleh Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Tuesday, February 1, 2011

Blue Valentine



Tajuk:
Blue Valentine

Genre:
# Drama
# Romance

Info:
Biru Valentine ialah filem drama 2010 bercorak Asmara. Diarahkan oleh Derek Cianfrance telah ditayangkan ditayangan perdana dalam pertandingan pada Sundance ke-26 Film Festival. Ia telah ditulis oleh Cianfrance and Cami Delavigne and Joey Curtis , dan bintang-bintang Michelle Williams dan Ryan Gosling. Filem berlatar-muzikan oleh jalur Brooklyn kumpulan Grizzly Bear.

Arahan:
# Derek Cianfrance

Penerbit:
# Lynette Howell
# Alex Orlovsky
# Jamie Patricof
# Carrie Fix
# Doug Dey
# Jack Lechner
# Ryan Gosling
# Michelle Williams

Tulisan:
# Derek Cianfrance
# Cami Delavigne
# Joey Curtis

Pelakon:
# Ryan Gosling
# Michelle Williams

Muzik:
# Grizzly Bear

Cinematografi:
# Andrij Parekh

Suntingan:
# Jim Helton
# Ron Patane

Studio:
# Hunting Lane Films
# Silverwood Films

Edaran:
# The Weinstein Company

Tarikh Tayangan:
# January 24, 2010 (2010-01-24) (Sundance)
# December 29, 2010 (2010-12-29) (United States)
# December 30, 2010 (Malaysia)

Durasi:
# 112 minutes

Negara:
# United States

Bahasa:
# English

Belanja:
# $1 million

Kutipan Kasar:
# $7,228,515

Website:
http://www.bluevalentinemovie.com/

Untuk dapakan Screenplay



Rating:
8 / 10

Winter's Bone

Tajuk :
# Winter's Bone

Genre:
# Drama
# Mystery
# Thriller

Info:

Winter's Bone ialah sebuah drama filem 2010 yang diadaptasi dari novel 2006 tulisan Daniel Woodrell. Filem ini telah ditulis dan diarahkan oleh Debra Granik, dan bintangi oleh Jennifer Lawrence. Kisah berkaitan hubungan kekeluargaan, kuasa dan gosip, patriarki, mampu diri , serta kemiskinan luar bandar Ozarks. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah-anugerah, termasuk Grand Jury Prize: Filem Dramatik pada 2010 Sundance Pesta Filem. Ia menerima empat Academy Award 2011 pencalonan dalam kategori-kategori Best Picture, Best Adapted Screenplay, Best Actress dan Best Supporting Actor.

Pelakon:
# Jennifer Lawrence - Ree Dolly
# John Hawkes - Teardrop
# Lauren Sweetser - Gail
# Garret Dillahunt - Sheriff Baskin
# Dale Dickey - Merab
# Shelley Waggener - Sonya
# Kevin Breznahan - Little Arthur
# Ashlee Thompson - Ashlee
# Tate Taylor - Satterfield
# Sheryl Lee - April
# Cody Shiloh Brown - Floyd
# Isaiah Stone - Sonny
# Ronnie Hall - Thump Milton

Pengarah:
# Debra Granik

Penerbit:
# Anne Rosellini
# Alix Madigan

Tulisan:
# Debra Granik
# Anne Rosellini

Muzik:
# Dickon Hinchliffe

Cinematografi:
# Michael McDonough

Suntingan
# Affonso Gonçalves

Tarikh Tayangan:
# January 21, 2010 (2010-01-21) (Sundance)
# June 11, 2010 (2010-06-11) (United States)

Negara:
# United States

Bahasa:
# English

Budget
# $2 million

Kutipan Kasar:
# $7,347,698

Website:
# http://www.wintersbonemovie.com/

Untuk dapatkan Screenplay



Rating:
7.5 /10