Thursday, November 17, 2011

setiap cerita/movie ada seninya.

Bila ditanya pada aku soklan "hang suka gambaq melayu ka?" maka jawab ku dengan selamba "ya sebab aku suka akan drama warna melayu malaysia" tapi itu tidak bermakna aku rasis atau hanya minat dengan cerita tepikal melayu m'sia.

aku jua minat dengan cerita cina m'sia, india m'sia malah segala macam drama di dunia ini asalkan ia bukan cerita yang hanya terdorong kepada keuntungan sehingga membuang masa aku menonton pada raya puasa baru ini seperti HANTU BONCENG!!

ramai dikalangan rakanku bertanya akan hal siaran tv yang sering aku hadap. ini kerana aku sering mengadap samada tv1/2 atau saluran MEDIA PRIMA / PRIMEWORK (MP) berbanding cerita yang tertera di ASTRO mahupun AXN/STARWORLD/FOX dll.

tapi kalau MP hanya menayangkan slot seperti SPA-Q takkan la aku nk mengadap jugak, come on la itu hanya menjana minda pada golongan yang ingin kaya tapi tak tau nak buat apa bila dah kaya.

begitu jua dengan hasil karya dari seberang yang melambak di tv kita baik swasta berbayar mahupun tidak, bukannya semua aku akan tonton, kalau setakat cerita DEWI yang sering mak aku mengadap setiap pagi dan petang sejak dia bersara lebih baik aku mengadap cerita bersiri NORA ELENA walaupun konfliknya berbeza tapi jalan cerita mirip sama.

Apa yang membuat ramai orang terpikat dengan cara penyusunan cerita bersiri yang memiliki RATING TV ini?

mudah!! setiap siri mesti mempunyai HOOK tersendiri untuk terus terpacak didepan TV mengikut masa yang ditetapkan supaya peminat terus terpacul soklan dari mulutnya seperti ayat berikut "adu..orang jahat dah datang..ala..sambung la plak" dan pelbagai lagi.

tiada beza sebenarnya antara karya kita yang berbilang bangsa dalam sesama sendiri dengan karya seberang baik sempadan darat mahupun lautan, hanya persepsi minat tertentu yang memisahkan karya sesuatu itu bagus mahupun tidak.

tak kesah lar macamana pun hasil karyanya dan yang pasti setiap karya pasti ada kumpulan sasarnya tersendiri asalkan kumpulannya tidak tersasar dari sasaran.

namun bagaimana ya untuk meningkat taraf hasil sebuah karya?

setiap karya harus bermula dengan salah satu dari 3 niat asas untuk berkarya.

1. keuntungan
2. kesedaran
3. keiktirafan (ada ke ayat nih?)

dan yang pasti tidak ada sebuah karya pun mampu bermula dengan ketiga-tiga niat itu dan paling banyak pun hanya 2 yang termampu.

bagaimanapun setiap karya seharusnya berselang-seli niatnya agar setiap karya dapat diterima tayang tanpa mengikut musim kerana pasti ada pengemarnya. seperti sekarang yang mana musim MOVIE gengster vs hantu dan berapa kerat sangatlah karya yang bercorak politik, sejarah, muzik, agama, pendidikan, sukan dll.

apatah lagi jika karya yang bercorak membina jiwa yang besar pada tubuh yang kerdil serta karya yang dilontarkan dengan kata-kata sakti dan sudah pasti jawabnya "saper nak tgk citer gitu?"

jadi jangan hairanlah jika sesetengah karyawan pun turut serta membeli DVD pirate cap ASTRO 1st dipasaran terang-terangan kerna kononnya karya kita masih dibelakang.

tanah jawa seberang pernah mengalami cuaca mendung dalam industri filem yang sama seperti kita pada era 80-90 an, namun mereka bangkit selepas menyedari ia berpunca dari lambakan filem barat dan hongkong dan bangun untuk menjadikan ia sebagai sebuah industri yang menjana ekonomi negaranya sendiri tetapi cuaca yang sama di m'sia agak berbeza akhir-akhir ini seakan tidak serik dengan cuaca bala pasaran masyarakatnya sendiri.

jadi dimana silapnya. masihkah mahu disalahkan lagi kepada penjual DVD haram atau penonton tegar DVD haram? atau salah dari sikap karyawan yang mengambil posisi ONE MAN SHOW?