Drag Race Fascist Cup 2012!!
Hitler Audi Volkswagen vs Mussolini Fiat Ferrari
Gentleman, start your bloody engine!!
Walaupun mereka bersefahaman itu tidak bermakna mereka tidak boleh berlumba sesama sendiri.
Benito Mussolini dikhabarkan pada awalnya bakal menurunkan jentera seperti Ferrari Enzo, Lamborghini Countach, Fiat Panda, Alfa Romeo Spider, Lancia Stratos dan Maserati Bora.
Manakala lawannya Aldof Hitler dikatakan mungkin bakal mengunakan khidmat jentera seperti Volkswagen Beetle, Audi Airfour, Porsche Carrera, Bayerische Motoren Werke, Mercedes Benz, dan Opel Omega.
Turut kelihatan barisan Marshall Car untuk Drag Race kali ini iaitu Proton Exora, Produa Alza dan Modenas Kriss,
Keadaan di litar kini agak penuh sesak dengan kehadiran yang sudah dijangka dari awal musim jerebu di Semenanjung Asia Tenggara dengan kelihatan sepanduk tertulis Das Lied der Deutschen!!, Achtung!! serta Gott erhalte Franz den Kaizer!!" bagi penyokong fanatik dari suku puak Aryan.
Bagi pihak fanatik dari tanah kaum yang terlupus akibat dari perhubungan sejenis jua tak kurang hebatnya yang tampil pelbagai sepanduk antaranya Stringia moci a coorte, Siam pronti alla morte!!
Namun ada jua golongan penunjuk perasaan yang berhimpun serta beroccupy dan memasang khemah dipekarangan litar mahupun berkempen dengan tertera sepanduk Ada jentera, ada kereta proton saga sawah padinya menguning.
Kelihatan jua sepanduk Mohon persiden FAM ambil iktibar dengan respon Persatuan Bolasepak Russia dan Belanda, Kami Mahu Proposal Lucius Maximus NATANG!!, Hentikan Kuasa Istana Dalam Perindustrian Bolasepak!! dan banyak lagi.
Namun mereka mampu untuk duduk aman tanpa sebarang provokasi dari pihak Polis Raja Di Malaya dan Rela FRU.
antara aksi yang dapat dirakam sekitar luar perkarangan litar
Perlumbaan bermula garang dan seimbang laju dengan perlumba dari Itali yang menggunakan jentera Fiat Punto seawal pusingan pertama bermula manakala persaingnya pula Hitler menggunakan jentara ol-skool iaitu Beetle Herbie.
Setiba di kilometer ke-20 Mussolini yang sambil menguyah pizza berjaya berada setiang di depan meninggalkan persaingnya Hitler, namun pabila sampai di kilometer ke-36 Mussolini sangat bergaya dengan yakin menandu Fiat Punto bernombor 9 meninggalkan sejauh dua tiang di depan Volkswagen Beetles yang dipandu Hitler sehingga tamat pusingan pertama.
Khabar angin yang bertiup berserta jerebu melalui akaun Tuiter pihak media hiburan memaklumkan bahawa Hitler mengamuk di pit-stop menjerit memekik mahukan kereta AUDI.
Namun peminat kereta sukan Jerman yang hadir di litar menjerit beramai-ramai menginginkan Hitler mengunakan Bugatti Veyron untuk pusingan kedua nanti.
Aksi peminat sebaik sahaja menerima baju yang hebat
Tidak banyak aksi menarik sebaik pusingan kedua berlangsung dan kedua-dua jentera bergerak sama laju sehinggalah dua meter di akhir garisan penamat.
Kelihatan Hitler berjaya memintas dan berada di depan, walaupun Hitler telah menukar jentera Beetle kepada Bugatti Veyron yang bernombor 8 sebagai sejata sulit
Namun ia gagal membantu untuk menjuarai Drag Race kali ini berikutan Mussolini yang mendapat handycap 2 tiang di depan dan perlumbaan tamat dengan kemenangan ditabalkan kepada pemandu jentera nombor 9 Fiat Punto 'Mussolini' sebagai juara Drag Race Facist Cup 2012.
Mussolini jua sempat membaling kemeja-t yang tertera ayat "WHY ALWAYS ME" kepada peminat yang tak berbaju sewaktu meraikan kejayaannya.
Hadiah disampaikan oleh Michael Schumacher dan sempat memberi ucapan semangat
"Walaupun saya berasal dari Jerman saya tetap gemar jentera dari buatan Itali" ujar bekas pemandu F1 Ferrari.
Michael Schumacher mengulas dengan tenang dan berlapik
Albert Einstein ditemurah sewaktu berlegar-legar di pentas penerimaan hadiah berkata "Kita perlukan jentera yang lajunya melebihi kelajuan cahaya jika mahu terus berjaya walaubagaimana pun power window kita masih berfungsi dengan baik dan itu amat penting"
- Eii Ass Pee End -
*Laporan ini diadaptasi dari perlawanan separuh akhir Bolasepak Piala Euro 2012 yang mana Itali mengalah Jerman dengan jarangan 2-1.