Tuesday, June 5, 2012

Hikayat Dongeng Ayon!!

Nama aku Ayon.  Umur aku baru je nak cecah 16 minggu depan. Aku orang ..? Ntah, tapi aku tgk dalam surat beranak yang mak aku simpan bawah katil dia tertulis lahir di Hospital Kampung Baru. Tapi sekarang aku tinggal di Kg. Sri Aman kira-kira 8 batu nortika sebelum sampai ke bandar Surfing Malaysia yang terawal.


Abah rakyat dari negeri Jelapang Yang Aman manakala emak pula dari rakyat Balak Yang Makmur.


Aku adalah anak sah nikah dari pasangan yang bercinta di pejabat Pos Ibu Negara iaitu Kuala Selut. Abah merupalan ketua kerani manakala emak pula hanyalah kerani biasa.


Akibat konspirasi dalaman dan hasad dengki masyarakat setempat akan percintaan epik romantik abah dan emak pada zaman itu maka abah mengambil jalan berliku dengan meletak jawatan dan kini seorang kontraktor klas F manakala emak masih berkerja di pejabat pos yang telah diswatakan oleh puak pemerintah Biru Bersatu Bergabong.


Sesungguhnya aku memang dalam keluarga golongan atlit dan bukannya dari golongan elite kerana abah aku adalah bekas pemain ragbi negeri Hartawan Yang Ehsan dan bersara sewaktu emak aku melahirkan aku selepas emak aku bimbang akan masa depan aku jika abah aku terus bermain sukan yang amat lasak zaman itu.


Emak aku pula bekas pemain bola jaring negeri Balak Yang Makmur tetapi terpaksa melupakan hasratnya untuk ke sukan Omlipik USSR 1980 kerana Malaysia waktu itu terlalu perasan ingin menjadi Amerika kedua dunia. Akibat isu politik glokal prentasi emak menurun secara mendadak tetapi alasan emak "saya bimbang kandungan saya tak stabil" dan sehingga kini hanya abah sahaja yang tahu mengapa emak bersara awal.


Hobi aku sebenarnya bermain bolasepak. Aku pernah mewakili negeri Jelapang Yang Aman sewaktu aku di sekolah rendah duhulu dan menjadi antara goalie yang terhebat di zaman itu.


Tetapi akibat penghijrahan keluargaku ke negari Balak Yang Makmur ini maka aku terpaksa melupakan hasrat dan niatku untuk ke Piala Bumi 2010 kelak yang kononnya ramalan bomoh Manson menyatakan dimenangi oleh negara yang paling aku benci bila mereka bermain bolasepak kelak.


Aku anak sulung dalam empat orang adik-beradik. Adik bawah aku namanya Nor. Beza umur tiga tahun dari aku dan juga pemain hoki peringkat sekolah. Sepatutnya Nor dipilih mewakili negeri Balak Yang Makmur ini tetapi akibat dari episod dia menglibas kayu hoki tepat ke muka reff lalu dia digantung sepanjang hayat dalam pembabitannya dalam sukan hoki.


Adik kedua aku Raja muda enam.tahun dari aku atau muda tiga tahun dari Nor. Raja merupakan pemain ragbi sentuh peringkat sekolah rendah tetapi mengikut ramalan bomoh Manson bahawa Raja bakal menjadi pegawai bank kelak.


Adik bongsu aku perempuan Swtiff dan baru sahaja lahir bulan lepas dan mengikut ramalan bomoh manson dia bakal menjadi wakil bowling negeri Balak Yang Makmur kelak.


bersambung kelak~


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: