Friday, June 29, 2012

Drag Race Fascist Cup 2012!!


Drag Race Fascist Cup 2012!!
Hitler Audi Volkswagen vs Mussolini Fiat Ferrari
Gentleman, start your bloody engine!!

Walaupun mereka bersefahaman itu tidak bermakna mereka tidak boleh berlumba sesama sendiri.

Benito Mussolini dikhabarkan pada awalnya bakal menurunkan jentera seperti Ferrari Enzo, Lamborghini Countach, Fiat Panda, Alfa Romeo Spider, Lancia Stratos dan Maserati Bora.

Manakala lawannya Aldof Hitler dikatakan mungkin bakal mengunakan khidmat jentera seperti Volkswagen Beetle, Audi Airfour, Porsche Carrera, Bayerische Motoren Werke, Mercedes Benz, dan Opel Omega.

Turut kelihatan barisan Marshall Car untuk Drag Race kali ini iaitu Proton Exora, Produa Alza dan Modenas Kriss,

Keadaan di litar kini agak penuh sesak dengan kehadiran yang sudah dijangka dari awal musim jerebu di Semenanjung Asia Tenggara dengan kelihatan sepanduk tertulis Das Lied der Deutschen!!, Achtung!! serta Gott erhalte Franz den Kaizer!!" bagi penyokong fanatik dari suku puak Aryan.

Bagi pihak fanatik dari tanah kaum yang terlupus akibat dari perhubungan sejenis jua tak kurang hebatnya yang tampil pelbagai sepanduk antaranya Stringia moci a coorte, Siam pronti alla morte!!

Namun ada jua golongan penunjuk perasaan yang berhimpun serta beroccupy dan memasang khemah dipekarangan litar mahupun berkempen dengan tertera sepanduk Ada jentera, ada kereta proton saga sawah padinya menguning.

Kelihatan jua sepanduk Mohon persiden FAM ambil iktibar dengan respon Persatuan Bolasepak Russia dan Belanda, Kami Mahu Proposal Lucius Maximus NATANG!!, Hentikan Kuasa Istana Dalam Perindustrian Bolasepak!! dan banyak lagi. 

Namun mereka mampu untuk duduk aman tanpa sebarang provokasi dari pihak Polis Raja Di Malaya dan Rela FRU.


antara aksi yang dapat dirakam sekitar luar perkarangan litar

Perlumbaan bermula garang dan seimbang laju dengan perlumba dari Itali yang menggunakan jentera Fiat Punto seawal pusingan pertama bermula manakala persaingnya pula Hitler menggunakan jentara ol-skool iaitu Beetle Herbie.

Setiba di kilometer ke-20 Mussolini yang sambil menguyah pizza berjaya berada setiang di depan meninggalkan persaingnya Hitler, namun pabila sampai di kilometer ke-36 Mussolini sangat bergaya dengan yakin menandu Fiat Punto bernombor 9 meninggalkan sejauh dua tiang di depan Volkswagen Beetles yang dipandu Hitler sehingga tamat pusingan pertama.

Khabar angin yang bertiup berserta jerebu melalui akaun Tuiter pihak media hiburan memaklumkan bahawa Hitler mengamuk di pit-stop menjerit memekik mahukan kereta AUDI.

Namun peminat kereta sukan Jerman yang hadir di litar menjerit beramai-ramai menginginkan Hitler mengunakan Bugatti Veyron untuk pusingan kedua nanti.

Aksi peminat sebaik sahaja menerima baju yang hebat

Tidak banyak aksi menarik sebaik pusingan kedua berlangsung dan kedua-dua jentera bergerak sama laju sehinggalah dua meter di akhir garisan penamat.

Kelihatan Hitler berjaya memintas dan berada di depan, walaupun Hitler telah menukar jentera Beetle kepada Bugatti Veyron yang bernombor 8 sebagai sejata sulit

Namun ia gagal membantu untuk menjuarai Drag Race kali ini berikutan Mussolini yang mendapat handycap 2 tiang di depan dan perlumbaan tamat dengan kemenangan ditabalkan kepada pemandu jentera nombor 9 Fiat Punto 'Mussolini' sebagai juara Drag Race Facist Cup 2012.

Mussolini jua sempat membaling kemeja-t yang tertera ayat "WHY ALWAYS ME" kepada peminat yang tak berbaju sewaktu meraikan kejayaannya.

Hadiah disampaikan oleh Michael Schumacher dan sempat memberi ucapan semangat

"Walaupun saya berasal dari Jerman saya tetap gemar jentera dari buatan Itali" ujar  bekas pemandu F1 Ferrari.

Michael Schumacher mengulas dengan tenang dan berlapik

Albert Einstein ditemurah sewaktu berlegar-legar di pentas penerimaan hadiah berkata "Kita perlukan jentera yang lajunya melebihi kelajuan cahaya jika mahu terus berjaya walaubagaimana pun power window kita masih berfungsi dengan baik dan itu amat penting"

- Eii Ass Pee End -

*Laporan ini diadaptasi dari perlawanan separuh akhir Bolasepak Piala Euro 2012 yang mana Itali mengalah Jerman dengan jarangan 2-1.

Tuesday, June 5, 2012

Hikayat Dongeng Ayon!!

Nama aku Ayon.  Umur aku baru je nak cecah 16 minggu depan. Aku orang ..? Ntah, tapi aku tgk dalam surat beranak yang mak aku simpan bawah katil dia tertulis lahir di Hospital Kampung Baru. Tapi sekarang aku tinggal di Kg. Sri Aman kira-kira 8 batu nortika sebelum sampai ke bandar Surfing Malaysia yang terawal.


Abah rakyat dari negeri Jelapang Yang Aman manakala emak pula dari rakyat Balak Yang Makmur.


Aku adalah anak sah nikah dari pasangan yang bercinta di pejabat Pos Ibu Negara iaitu Kuala Selut. Abah merupalan ketua kerani manakala emak pula hanyalah kerani biasa.


Akibat konspirasi dalaman dan hasad dengki masyarakat setempat akan percintaan epik romantik abah dan emak pada zaman itu maka abah mengambil jalan berliku dengan meletak jawatan dan kini seorang kontraktor klas F manakala emak masih berkerja di pejabat pos yang telah diswatakan oleh puak pemerintah Biru Bersatu Bergabong.


Sesungguhnya aku memang dalam keluarga golongan atlit dan bukannya dari golongan elite kerana abah aku adalah bekas pemain ragbi negeri Hartawan Yang Ehsan dan bersara sewaktu emak aku melahirkan aku selepas emak aku bimbang akan masa depan aku jika abah aku terus bermain sukan yang amat lasak zaman itu.


Emak aku pula bekas pemain bola jaring negeri Balak Yang Makmur tetapi terpaksa melupakan hasratnya untuk ke sukan Omlipik USSR 1980 kerana Malaysia waktu itu terlalu perasan ingin menjadi Amerika kedua dunia. Akibat isu politik glokal prentasi emak menurun secara mendadak tetapi alasan emak "saya bimbang kandungan saya tak stabil" dan sehingga kini hanya abah sahaja yang tahu mengapa emak bersara awal.


Hobi aku sebenarnya bermain bolasepak. Aku pernah mewakili negeri Jelapang Yang Aman sewaktu aku di sekolah rendah duhulu dan menjadi antara goalie yang terhebat di zaman itu.


Tetapi akibat penghijrahan keluargaku ke negari Balak Yang Makmur ini maka aku terpaksa melupakan hasrat dan niatku untuk ke Piala Bumi 2010 kelak yang kononnya ramalan bomoh Manson menyatakan dimenangi oleh negara yang paling aku benci bila mereka bermain bolasepak kelak.


Aku anak sulung dalam empat orang adik-beradik. Adik bawah aku namanya Nor. Beza umur tiga tahun dari aku dan juga pemain hoki peringkat sekolah. Sepatutnya Nor dipilih mewakili negeri Balak Yang Makmur ini tetapi akibat dari episod dia menglibas kayu hoki tepat ke muka reff lalu dia digantung sepanjang hayat dalam pembabitannya dalam sukan hoki.


Adik kedua aku Raja muda enam.tahun dari aku atau muda tiga tahun dari Nor. Raja merupakan pemain ragbi sentuh peringkat sekolah rendah tetapi mengikut ramalan bomoh Manson bahawa Raja bakal menjadi pegawai bank kelak.


Adik bongsu aku perempuan Swtiff dan baru sahaja lahir bulan lepas dan mengikut ramalan bomoh manson dia bakal menjadi wakil bowling negeri Balak Yang Makmur kelak.


bersambung kelak~


Published with Blogger-droid v2.0.4