Saturday, March 30, 2019
Review: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Wednesday, February 25, 2015
Resensi: Terbaik Dari Langit
Tuesday, December 23, 2014
Reviu Edge Of Tomorrow
Live, die & repeat, atau dalam ertikata lain Hidup Ini Singkat.
Lebih kemas, gua kasi dengan jolokan video games concept, ya itulah yang boleh gua sebut untuk jalan cerita berkaitan filem ni.
Filem arahan Doug Liman yang diadaptasi dari novel All You Need Is Kill karya Hiroshi Sakurazaka seolah-olah membawa pengembaraan nafsu ghairah peminat pemainan peranti model dalam konsep looping time travel.
Unlock pada setiap tahapan (level), from zero to hero, maka pendek kata filem ini gua kelaskan sebagai popcorn movie dan tiada pengisian, hanya hiburan semata-mata.
Sejujurnya filem arahan Doug Liman sebelum ini iaitu The Bourne Identity(2002) lebih menarik, atau mungkin Doung Liman sememangnya lebih dekat jiwa arahannya jika filem itu tiada sebarang elemen sci-fi kerana jika di bandingkan dengan sebuah lagi karya beliau yang lebih menarik adalah filem Mr & Ms Smith(2002)
Jika lu peminat filem aksi, gua rasa luorang boleh layan filem ni sebab elemen mood naik turun tidaklah menghampakan.
Dan jika luorang yang jenis suka berangan pula gua rasa filem ni masih mampu menjadi pilihan kerana nilai sci-fi yang tidaklah melampau permainan grafiknya.
Manakala permainan kamera dan bunyi runutnya pada gua ia agak menghiburkan dari sudut bahasa filem.
Gua tak pasti bahawa mungkin gua ada masalah dengan lakonan Tom Cruise (watak Cage) dalam naskah ini.
Mungkin disebabkan filem yang sering dilakonkan olehnya, ia seakan sama di setiap lakonan yang berunsur sci-fi.
Tiada kelainan dalam lakonannya untuk filem ini.
Manakala lakonan Emily Blunt pula tidak banyak bezanya, mirip Natascha McElhone dalam filem Ronin (1998) dari segi reaksi memek mukanya dan bahasa tubuh.
Kesimpulan yang gua dapat rumuskan dalam keseluruhan filem ini adalah jalan ceritanya sangat pendek akan tetapi dipanjangkan dengan pelbagai pilihan konsep try and error.
Selainnya pula adalah,
"Jika kau hanya pandai cakap dan kritik tapi kau tak pernah berdepan dengan situasi sebenar dalam setiap kejadian maka kau tak harus berlagak hero pada sesuatu situasi kerana itu adalah ciri-ciri seorang penakut".
Jika kau seorang ketua yang bangang maka kau akan membawa anak buah kau mati katak.
Tetapi jika kau sesorang yang tidak berpengaruh, tidak mempunyai kuasa penting dalam masyarakat, politik, persatuan, koloni, pejabat, geng kongsi gelap atau apa saja kumpulan maka jangan harap idea kau itu super bernas.
Ini kerana kau masih lagi berada dalam majoriti yang bangang dan itu adalah lumrah sifat manusia pada zaman sekarang.
Persoalan di dalam filem tersebut, adakah dengan membunuh induk (Mimics versi Omega) maka peperangan yang mereka hadapi itu akan selesai?
Atau adakah sebenarnya jalan cerita filem ini hanya penjelajahan mimpi sewaktu Cage lelap sementara helikopternya mendarat?
Atau sebenarnya selepas Cage membunuh induknya maka Cage memulakannya semula dengan cara pendekatan sebagai pegawai atasan?
*naskah asal dari blog aku yang baru SedarTakKorg...
Friday, June 29, 2012
Drag Race Fascist Cup 2012!!
Manakala lawannya Aldof Hitler dikatakan mungkin bakal mengunakan khidmat jentera seperti Volkswagen Beetle, Audi Airfour, Porsche Carrera, Bayerische Motoren Werke, Mercedes Benz, dan Opel Omega.
Turut kelihatan barisan Marshall Car untuk Drag Race kali ini iaitu Proton Exora, Produa Alza dan Modenas Kriss,
Bagi pihak fanatik dari tanah kaum yang terlupus akibat dari perhubungan sejenis jua tak kurang hebatnya yang tampil pelbagai sepanduk antaranya Stringia moci a coorte, Siam pronti alla morte!!
Kelihatan jua sepanduk Mohon persiden FAM ambil iktibar dengan respon Persatuan Bolasepak Russia dan Belanda, Kami Mahu Proposal Lucius Maximus NATANG!!, Hentikan Kuasa Istana Dalam Perindustrian Bolasepak!! dan banyak lagi.
Namun mereka mampu untuk duduk aman tanpa sebarang provokasi dari pihak Polis Raja Di Malaya dan Rela FRU.
Namun peminat kereta sukan Jerman yang hadir di litar menjerit beramai-ramai menginginkan Hitler mengunakan Bugatti Veyron untuk pusingan kedua nanti.
Kelihatan Hitler berjaya memintas dan berada di depan, walaupun Hitler telah menukar jentera Beetle kepada Bugatti Veyron yang bernombor 8 sebagai sejata sulit
Namun ia gagal membantu untuk menjuarai Drag Race kali ini berikutan Mussolini yang mendapat handycap 2 tiang di depan dan perlumbaan tamat dengan kemenangan ditabalkan kepada pemandu jentera nombor 9 Fiat Punto 'Mussolini' sebagai juara Drag Race Facist Cup 2012.
Mussolini jua sempat membaling kemeja-t yang tertera ayat "WHY ALWAYS ME" kepada peminat yang tak berbaju sewaktu meraikan kejayaannya.
"Walaupun saya berasal dari Jerman saya tetap gemar jentera dari buatan Itali" ujar bekas pemandu F1 Ferrari.
- Eii Ass Pee End -
*Laporan ini diadaptasi dari perlawanan separuh akhir Bolasepak Piala Euro 2012 yang mana Itali mengalah Jerman dengan jarangan 2-1.
Tuesday, June 5, 2012
Hikayat Dongeng Ayon!!
Nama aku Ayon. Umur aku baru je nak cecah 16 minggu depan. Aku orang ..? Ntah, tapi aku tgk dalam surat beranak yang mak aku simpan bawah katil dia tertulis lahir di Hospital Kampung Baru. Tapi sekarang aku tinggal di Kg. Sri Aman kira-kira 8 batu nortika sebelum sampai ke bandar Surfing Malaysia yang terawal.
Abah rakyat dari negeri Jelapang Yang Aman manakala emak pula dari rakyat Balak Yang Makmur.
Aku adalah anak sah nikah dari pasangan yang bercinta di pejabat Pos Ibu Negara iaitu Kuala Selut. Abah merupalan ketua kerani manakala emak pula hanyalah kerani biasa.
Akibat konspirasi dalaman dan hasad dengki masyarakat setempat akan percintaan epik romantik abah dan emak pada zaman itu maka abah mengambil jalan berliku dengan meletak jawatan dan kini seorang kontraktor klas F manakala emak masih berkerja di pejabat pos yang telah diswatakan oleh puak pemerintah Biru Bersatu Bergabong.
Sesungguhnya aku memang dalam keluarga golongan atlit dan bukannya dari golongan elite kerana abah aku adalah bekas pemain ragbi negeri Hartawan Yang Ehsan dan bersara sewaktu emak aku melahirkan aku selepas emak aku bimbang akan masa depan aku jika abah aku terus bermain sukan yang amat lasak zaman itu.
Emak aku pula bekas pemain bola jaring negeri Balak Yang Makmur tetapi terpaksa melupakan hasratnya untuk ke sukan Omlipik USSR 1980 kerana Malaysia waktu itu terlalu perasan ingin menjadi Amerika kedua dunia. Akibat isu politik glokal prentasi emak menurun secara mendadak tetapi alasan emak "saya bimbang kandungan saya tak stabil" dan sehingga kini hanya abah sahaja yang tahu mengapa emak bersara awal.
Hobi aku sebenarnya bermain bolasepak. Aku pernah mewakili negeri Jelapang Yang Aman sewaktu aku di sekolah rendah duhulu dan menjadi antara goalie yang terhebat di zaman itu.
Tetapi akibat penghijrahan keluargaku ke negari Balak Yang Makmur ini maka aku terpaksa melupakan hasrat dan niatku untuk ke Piala Bumi 2010 kelak yang kononnya ramalan bomoh Manson menyatakan dimenangi oleh negara yang paling aku benci bila mereka bermain bolasepak kelak.
Aku anak sulung dalam empat orang adik-beradik. Adik bawah aku namanya Nor. Beza umur tiga tahun dari aku dan juga pemain hoki peringkat sekolah. Sepatutnya Nor dipilih mewakili negeri Balak Yang Makmur ini tetapi akibat dari episod dia menglibas kayu hoki tepat ke muka reff lalu dia digantung sepanjang hayat dalam pembabitannya dalam sukan hoki.
Adik kedua aku Raja muda enam.tahun dari aku atau muda tiga tahun dari Nor. Raja merupakan pemain ragbi sentuh peringkat sekolah rendah tetapi mengikut ramalan bomoh Manson bahawa Raja bakal menjadi pegawai bank kelak.
Adik bongsu aku perempuan Swtiff dan baru sahaja lahir bulan lepas dan mengikut ramalan bomoh manson dia bakal menjadi wakil bowling negeri Balak Yang Makmur kelak.
bersambung kelak~












