Saturday, March 30, 2019

Review: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal


Air mata dan kemaafan menjadi tema dan diangkat untuk filem ini.

Itulah secara ringkas ulasan spontan usai menontonnya bersama Ryka Dahleia dan Puan Bini.

Untuk ulasan filem ini aku terpana dengan hasil background dan props dari sudut lighting dan shadow, ia sangat realistik.

Light dan shadow adalah 2 elemen yang penting bagi bebudak grafik 3D dalam penghasilan imej grafik (cgi) seakan sempurna.

Dengan 2 elemen ini jika kau mahir dan arif pasti segala tekture atau surface objek yang dihasilkan maka audien tidak dapat bezakan antara asli mahupun grafik.

Kongrat untuk mereka.

Bagi animator, aku tak kisah sangat sebab ia bukanlah suatu pekara yang rumit.

Kau hanya perlu rajin dan teliti sahaja dalam pembikinan gerak-geri watak 3D, setiap Animator arif dalam selok belok pergerakan agar nampak seakan hidup.

Salah satu teknik selain Mopping adalah lakonan semula.

Maksudnya dapatkan aksi manusia sebenar dan kita trace semula setiap frame.

Mudahkan, apa pun tahniah juga untuk mereka cuma tidaklah sebanyak tahniah seperti yang di awal tadi.

Ok bab jalan cerita, air mata dan isu kemaafan menjadi konsep penceritaan.

Benar hampir seluruh kisah rakyat diubah mengikut kesesuai.

Cuma aku ada masalah dalam bab ini, mungkin aku belum berfikiran terbuka dalam pengubahan atau aku memang sudah jelas bahawa akulah golongan tua yang susah menerima pembaharuan.

Hahaha!!

Walaupun aku tak dapat terima tetapi pekara yang positif harus aku ketengahkan dan antara point-point seperti sifat ibu si Tanggang (Mak de).

Jika di dalam kisah rakyat yang biasa kita maklum di pengakhiran kisah ibu Si Tanggang seorang yang angkuh dan tidak memaafkan perbuatan anaknya.

Pada aku itu adalah suatu sifat negatif yang tak seharusnya dimilik setiap ibu, sedangkan tuhan pun maha pengampun inikan pula manusia biasa.

Walaupun bagaimanapun tahniah untuk garapan di dalam naskah animasi ini.

Ini kerana sedikit sebanyak akan menggerakkan peranan ibubapa untuk sentiasa bersama anak-anak untuk bersembang dan memperjelaskan dalam sesuatu isu.

Begitu juga dengan pertalian saudara antara Bawang Merah dan Bawang Puteh yang saling bermaaf-maafan.

Twist plot kisah Mat Jenin tak perlu aku sentuh kerana pada aku ia tidak berapa menarik minat aku untuk ulas dan kupas, begitu jua dengan watak lain seperti Pak Belalang dan Raja Bersiong.

Sedikit kecewa dalam naskah ini adalah nilai kemelayuan terutamanya pertarungan silat terasa kurang sentuhan.

Ia mungkin kerana terdapat beberapa babak dari filem-filem barat seperti filem E.T, Puss In Boots dan beberapa lagi adalah faktor tenggelamnya ciri-ciri tertarungan Nusantara.

Aku turut merasa kecewa kerana elemen atau trademark utama Upin & Ipin adalah watak Kak Ros dan Opah tidak turut serta di dalam naskah ini.

Ya, kerana itulah agaknya naskah ini dianggap hanya ibubapa sahaja yang lebih seronok berbanding anak-anak.

Atau mungkin memang ia adalah sebagaian dari golongan sasarnya selepas bertahun sebelum ini Upin & Ipin hanya untuk tontonan kanak-kanak.

Lain-lain permasalahan seperti stablish watak dan penceritaan pada aku itu hanya minor dan tak perlu dihebahkan.

Apa pun tahniah untuk team produksi.

Nanti aku akan ulas lebih setelah aku dapat menonton dengan teliti.

No comments: